Monday, March 30, 2009

menyingkap tirai kenangan :)

Kala sendirian saya hanyut di bawa arus kenangan lalu. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda..bagaimana saya boleh 'tercampak' di Mesir. Selepas menamatkan zaman tadika, saya belajar di Sek Keb Convent. Kesemua adik-beradik perempuan saya belajar di sekolah yang sama. Tamat UPSR, saya berkira2 untuk meneruskan pengajian menengah di sekolah yang sama (SMC). Nenek saudara saya yang tinggal selang 2 rumah dengan kami mencadangkan pada mak supaya saya dihantar ke Sek Agama Lughatul Quran. Katanya, saya ada 'bakat' untuk mengaji bahasa Arab. Sebelum diterima sebagai pelajar SMALQ, saya perlu melalui 1 ujian. Sepanjang sesi ujian berjalan, saya jawab 'suku hati'. Sememangnya saya tidak mahu belajar di sekolah tersebut. Dalam hati saya berdoa agar saya gagal dalam ujian. Selang beberapa minit, salah seorang tenaga pengajar memaklumkan saya lulus ujian. Automatically rona wajah saya berubah. Jauh di sudut hati saya menolak. Namun saya diamkan kerana tidak mahu menghampakan mak saya. Tinggal seminggu sebelum sesi persekolahan di buka. Suatu pagi yang hening, ketika saya menyidai pakaian..posmen datang hantar surat. Surat untuk saya! Saya menjerit keriangan sebaik membaca isi kandungan surat (saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian menengah di SMK Convent). Pak cik posmen memandang saya penuh kehairanan. Bakul yang masih berisi baju saya tinggalkan seketika. Berlari2 anak mendapatkan mak saya. Lantas mak saya bertanya..saya mahu belajar di SMK Convent atau SMALQ? Sudah tentu saya memilih SMK Convent! Gelengan kepala mak cukup menghibakan saya. Sebagai anak saya tidak mampu berbuat apa2. Honestly, saya tidak suka bahasa Arab. Form 1 and form 2 saya belajar main2. Naik form 3 saya cuba meminati bahasa Arab. Tetapi masih banyak main. Dalam diam saya antara pelajar harapan guru. Menyedari hal itu, saya cuba belajar bersungguh2. Tamat SPM, saya bercadang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kesusasteraan inggeris (saya begitu meminati subjek english). Niat membuak2 tetapi borang upu tidak diisi. Dan saya tidak rasa terkilan. Awal bulan 1 tahun 2005 saya bergelar pelajar Maahad Johor. Sepanjang 10 bulan di MJ, saya sekadar belajar 'ikut suka'. Menjelang peperiksaan akhir, saya masih dengan perangai lama (belajar main2). Setengah jam sebelum masuk dewan periksa baru saya selak2 kitab (saya target gagal dalam peperiksaan akhir) ;) Tiba hari keputusan diumumkan. Sebaik melihat keputusan, saya mula berubah hati. Saya mahu sambung di Mesir! Mak tak merestui niat saya. Namun saya tidak mengalah..saya pujuk dan terus memujuk. Akhirnya, Alhamdulillah..mak melepaskan saya belajar di sini.

No comments:

Post a Comment