Monday, June 8, 2009

♥ tika hati merindu ♥

Tika hati merindu
Ku putar kembali memoir lalu
Segala kenangan indah bersamamu
Masih segar di ingatanku

Tika hati merindu
Ku sebut namamu
Dalam doa kudusku
Setiap saat dan waktu

Tika hati merindu
Ku tatap warkah bisu pemberianmu
Oh ayah dan ibu..
Kaulah sumber inspirasiku

Tika hati merindu
Hatiku berbisik sayu
'I do love and miss you'

Tika hati merindu
Ingin ku berlari mendakapimu
Oh ayah dan ibu..
Nantikan kepulanganku


*counting days..can't wait to see you mom, dad. i do miss u both badly!
from the bottom of my heart ieka




Monday, April 20, 2009

Segumpal Darah Bernama Hati ~





RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.

Al-Quran menyatakan, maksudnya: "Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung." (al-An'am:110)Nabi s.a.w sangat mengetahui mengenai sifat hati. Baginda selalu berdoa dengan lafaz seperti, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu."Menurut Islam, hati manusia inilah yang menjadikan manusia itu hidup dengan kehidupan yang sebenar, malah hati jugalah yang menyebabkan manusia mati dalam hidupnya. Berbeza dengan bukan Islam yang melihat kepada aspek fizikal semata-mata menunjangi kehidupan dan kerana itu, mereka tidak dapat melakukan penafsiran apabila jasad yang sihat kelihatan tidak bermaya dalam hidup.Pakar perubatan moden mungkin mampu memberikan rawatan kepada segala bentuk penyakit yang menimpa jasad, tetapi tidak mungkin dalam persoalan berkaitan hati bersifat rohani. Hatilah yang menjadikan hidup seseorang sejahtera atau sebaliknya. Kesihatannya memberi kesan kepada kesihatan jasmani seseorang. Begitulah juga sebaliknya, tetapi berapa ramai antara kita mempedulikannya?Sebenarnya hati yang sejahtera ialah hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan.Hati yang sihat ada sifat sentiasa kembali kepada Allah, iaitu mereka yang mempunyai sifat al-khasyah, penyerahan kepada Allah, tawakal dan tazakkur (mengingati ayat Allah).Malah, hati yang sihat bersih daripada syirik dan segala bentuk penyembahan taghut serta bertakwa. Hati ini diterima Allah.Setiap individu tidak akan mengenal Allah jika tidak melalui hati, bahkan gagal mendekatkan diri kepada-Nya dan berjalan menuju-Nya. Anggota badan hanyalah pengikut dan tidak lebih sekadar khadam yang setia kepadanya.Hati jugalah yang menjadi punca kebahagiaan dan kekecewaan. Kebahagiaannya ialah dengan membersihkannya manakala kekecewaannya dengan memijak dan melumurinya dengan kekotoran.Seorang yang mengenali hati akan mengenal dirinya. Seorang jahil dengan hatinya akan jahil terhadap dirinya. Oleh itu, sesiapa yang jahil terhadap hati dan dirinya, akan jahil terhadap Tuhannya. Hati manusia seperti juga anggota fizikal, kesakitannya pelbagai tahap, dengan sesetengahnya di peringkat tenat, sehingga sukar diubati dan ada di peringkat sederhana yang senang dirawat.Antara penyakit hati dan tandanya ialah kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kerana semata-mata keingkaran, angkuh dan derhaka kepada hukum Allah, kesesatan, penyelewengan dan bidaah serta kemunafikan.Keraguan kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah, muwalah atau memberi kesetiaan kepada orang kafir, enggan dan berat hati untuk berjihad di jalan Allah, rakus kepada maksiat dan derhaka kepada perintah Allah.Hati yang sakit bersifat dengan sifat tercela seperti takbur, hasad dengki, riak, pemarah, bakhil, khianat, cintakan kedudukan dan harta, mengikut nafsu, buruk sangka dengan Allah, putus asa daripada rahmat Allah serta memusuhi dan membenci ulama yang soleh.Pendek kata, hati diumpamakan seperti kaca diwarnai apa yang ada di dalam dan di sekelilingnya. Ia juga boleh diumpamakan bekas daripada kaca yang berwarna mengikut warna yang ada di dalamnya.Nabi s.a.w, dilaporkan bersabda maksudnya: "Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan."Iman di dalamnya diumpamakan seperti sayur (kubis) yang mengandungi bahan air yang baik dan kemunafikan pula diumpamakan seperti pekung yang mengandungi air nanah. Mana-mana antara kedua-dua bahan ini yang lebih mengatasi, itulah yang menguasai (hati)nya."

Sunday, April 12, 2009

10 wasiat Umamah

Wahai anak perempuanku, sesungguhnya wasiat ini sekiranya ditujukan buat seseorang yang memiliki adab, maka ia juga ditujukan buat dirimu. Dan wasiat ini merupakan peringatan buat mereka yang alpa dan bekalan buat mereka yang sentiasa beringat. Kalaulah wanita itu tidak berhajat kepada perkahwinan kerana ingin membantu kedua ibubapanya dan harapan kedua ibubapa tersebut terhadap wanita ini maka kamu merupakan wanita yang tidak memerlukan kepada perkahwinan. Akan tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki, begitu juga lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai anak perempuanku, sesungguhnya engkau telah berpisah dengan suasana sebelum ini (hidup bersama keluarga) lalu engkau telah keluar, engkau telah menggantikan sangkar yang kau duduki sebelumnya, berpindah menuju ke sangkar yang tidak kau ketahui dan hidup bersama teman yang kau tak pernah rasai. Maka suamimu akan menjadi pengawal dan raja ke atas dirimu dengan kekuasaannya, lalu jadilah engkau hamba buatnya bahkan jadilah engkau seorang yang segera menyahut seruannya. Wahai anak perempuanku, ambillah perhatian 10 perkara dari diriku (ibumu). 10 wasiat ini akan menjadi pemangkin dan ingatan buat dirimu. MENEMANI suami dengan kesederhanaan dan bergaul dengan menjadi pendengar yang setia dan menghulurkan ketaatan yang jitu, dan BERDAMPING dengan suamimu pada setiap tempat dan masa, dan MENUNAIKAN setiap permintaannya. JANGANLAH engkau wahai anakku melakukan sesuatu yang buruk terhadap suamimu, dan SUAMIMU tidak akan mendapati dirimu melainkan semerbak wangian, dan HIASAN celak adalah sebaik2 hiasan dan air adalah sebaik2 ketenangan yang hilang. BERDAMPINGLAH dengan suamimu pada setiap waktu makan dan tenang ketika suamimu tidur, sesungguhnya rasa lapar suamimu merupakan nyalaan api dan hilang rasa ngantuknya (tak dapat tidur) adalah perkara yang dimarahi. MEMELIHARA rumahnya dan hartanya dan peka terhadap dirinya dan hartanya dan anak2nya..sesungguhnya pemeliharaan terhadap hartanya adalah sebaik2 penghargaan dan peka terhadap anak dan maruahnya adalah sebaik2 pengurusan, dan JANGANLAH engkau menyebar rahsianya dan janganlah engkau mengingkari perintahnya, maka sesungguhnya jika engkau menyebarkan rahsianya, tidak sesekali engkau mampu untuk mententeramkan rasa khianat suamimu terhadap dirimu dan jika engkau ingkar perintahnya atau engkau melukakan jiwanya, kemudian hendaklah engkau berhati2 untuk mendapatkan kegembiraan sekiraya suamimu berada dalam dukacita. Dan HENDAKLAH engkau wahai anakku berwaspada jika engkau mendapati dirimu resah sekiranya suamimu berada dalam keadaan gembira, maka jadilah wanita yang selayaknya buat suamimu, maka suamimu akan menjadi seorang yang mulia buat dirimu. Dan jadilah juga seorang wanita yang memahami jiwa suamimu, maka suamimu akan senantiasa bersama dirimu selagi mana engkau menemani suamimu, dan ketahuilah anakku sesungguhnya kau takkan sampai melainkan pada perkara yang kau sukai hingga kau mendatangkan redhanya dan keinginan suami ke atas dirimu. Moga ALLAH mendatangkan kebaikan buat dirimu.


* wasiat Umamah untuk anak perempuannya, Ummu Iyas yang akan berkahwin. wasiat ini saya ambil dari kitab nusus jahili 07/08 (jamiah al-azhar lilbanat mansoura). * Sesuai untuk mereka yang bakal mendirikan mahligai :)

Tuesday, March 31, 2009




SAYA SAYANG MEREKA!!
SAYA RINDU MEREKA!!
SANGAT2!!

Monday, March 30, 2009

menyingkap tirai kenangan :)

Kala sendirian saya hanyut di bawa arus kenangan lalu. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda..bagaimana saya boleh 'tercampak' di Mesir. Selepas menamatkan zaman tadika, saya belajar di Sek Keb Convent. Kesemua adik-beradik perempuan saya belajar di sekolah yang sama. Tamat UPSR, saya berkira2 untuk meneruskan pengajian menengah di sekolah yang sama (SMC). Nenek saudara saya yang tinggal selang 2 rumah dengan kami mencadangkan pada mak supaya saya dihantar ke Sek Agama Lughatul Quran. Katanya, saya ada 'bakat' untuk mengaji bahasa Arab. Sebelum diterima sebagai pelajar SMALQ, saya perlu melalui 1 ujian. Sepanjang sesi ujian berjalan, saya jawab 'suku hati'. Sememangnya saya tidak mahu belajar di sekolah tersebut. Dalam hati saya berdoa agar saya gagal dalam ujian. Selang beberapa minit, salah seorang tenaga pengajar memaklumkan saya lulus ujian. Automatically rona wajah saya berubah. Jauh di sudut hati saya menolak. Namun saya diamkan kerana tidak mahu menghampakan mak saya. Tinggal seminggu sebelum sesi persekolahan di buka. Suatu pagi yang hening, ketika saya menyidai pakaian..posmen datang hantar surat. Surat untuk saya! Saya menjerit keriangan sebaik membaca isi kandungan surat (saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian menengah di SMK Convent). Pak cik posmen memandang saya penuh kehairanan. Bakul yang masih berisi baju saya tinggalkan seketika. Berlari2 anak mendapatkan mak saya. Lantas mak saya bertanya..saya mahu belajar di SMK Convent atau SMALQ? Sudah tentu saya memilih SMK Convent! Gelengan kepala mak cukup menghibakan saya. Sebagai anak saya tidak mampu berbuat apa2. Honestly, saya tidak suka bahasa Arab. Form 1 and form 2 saya belajar main2. Naik form 3 saya cuba meminati bahasa Arab. Tetapi masih banyak main. Dalam diam saya antara pelajar harapan guru. Menyedari hal itu, saya cuba belajar bersungguh2. Tamat SPM, saya bercadang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kesusasteraan inggeris (saya begitu meminati subjek english). Niat membuak2 tetapi borang upu tidak diisi. Dan saya tidak rasa terkilan. Awal bulan 1 tahun 2005 saya bergelar pelajar Maahad Johor. Sepanjang 10 bulan di MJ, saya sekadar belajar 'ikut suka'. Menjelang peperiksaan akhir, saya masih dengan perangai lama (belajar main2). Setengah jam sebelum masuk dewan periksa baru saya selak2 kitab (saya target gagal dalam peperiksaan akhir) ;) Tiba hari keputusan diumumkan. Sebaik melihat keputusan, saya mula berubah hati. Saya mahu sambung di Mesir! Mak tak merestui niat saya. Namun saya tidak mengalah..saya pujuk dan terus memujuk. Akhirnya, Alhamdulillah..mak melepaskan saya belajar di sini.



Lihatlah, betapa mesranya 'mereka'. Haiwan liar bisa dijinakkan dengan kasih sayang. Indahnya ukhuwah andai bersulamkan kemesraan dan bukannya persengketaan :)

Thursday, February 5, 2009

.: HATI INI :.

Hati ini
Menangis pilu
Merintih sayu
Bila terkenangkan
Perlakuanmu terhadapku

Hati ini
Meronta-ronta ingin tahu
Apakah salahku?
Apakah dosaku??
Sehingga kau berubah laku

Andainya diri ini
Pernah menyakiti sekeping hati
Milikmu..
Maafkanlah

Bajailah hati ini
Dengan gurau sendamu
Suburkanlah kembali
Hati ini
Dengan senyum tawamu

Ketahuilah..
Sesungguhnya hati ini
Tidak mampu
Terusan menangis

happy birthday to you ~



More BIRTHDAY graphics




Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat saya, Khairunnisa' (Yun) yang menyambut ulang tahun ke-22 hari ini. Tidak lupa juga kepada sahabat saya di Malaysia, Massaharah bt Maskam (Lala) yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Feb ini..serta ahli bait tersayang, Kak Zira (yang ke-23 pada 15 Feb) dan ahli bait lama yang telah pulang ke Malaysia, Kak Wani (22 Feb). May ALLAH grant us total forgiveness and happiness!